Sunday, January 9, 2011

10 tip kekal dalam perhubungan

                              
Assalamualaikum semuanya,
Kali ini aku agak tertarik dengan entri Ariff Shah menceritakan tentang kenapa, ada apa dan alasan mencintai buah hatinya. Walhal kenapa harus aku kaitkan semua ini dengan tajuk kali ini, sedangkan banyak keja lain yang sedang menanti.
Aku dah pernah lalui semua itu dan betapa tersenyum simpulnya aku bila fall in love. Dan ternyata kesetiaan si dia tak berpihak di sebelah aku. Jadi biarkan ia berlalu dihembus angin dan perkara ini dijadikan pengajaran, iktibar buat aku yang mana kesetiaan dalam menjalinkan perhubungan “serius” amatlah penting untuk kebahagian kita di dunia dan akhirat.
Antara sebab dan kenapa percintaan terus mekar :-
1. Cinta
Cinta yang dimaksudkan bukan lah cinta “monyet” tapi cinta sejati.
2. Ambil berat
                              
Sifat yang perlu ditanam pada pasangan masing-masing agar jalinan kasih sayang kita terus kekal abadi.
3. Elak perasan cemburu
Sejujurnya perasan macam ni bagi aku kena ada, tetapi biar lah berpada, bukan terlalu mengongkong kerana akan timbul nanti perasaan rimas dan lemas.
4. Saling bekerjasama
Sifat ringankan tulang, bantu membantu dapat mengeratkan lagi kekuatan percintaan.
5. Kuat iman
Bermaksud, bagi korang dah fall in love , kuatkan lah imam, banyaklah  beribadat agar tidak termakan kata kata manis si Syaitan melakukan kemungkaran
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada..
6. Sentiasa prihatin
Maknanya korang sentiasa la ambil perhatian tatkala si gadis atau jejaka itu ditimpa sesuatu masalah atau musibah.
7. Tidak membebankan sebelah pihak
Maksud beban kat sini dari segi kewangan, kalau dia sorang je belanja makan minum, apa semua tu, tak rasa bersalah ke..sekali sekala tu” sharing is caring ”
8. Percaya
Sifat semulajadi yang harus dikekalkan walaupun dalam percintaan. Kepercayaan antara satu sama lain dapat melahirkan suasana yang harmoni ketika CINTA
9. Kejujuran
                                         
Jujur, amanah amatlah penting dalam keseriusan bercinta. Ini kerana ia dapat mengelakkan perasan syak wasangka terhadap pasangan
Bagi lelaki, kita haruslah jadi sedemikian…

No comments:

Post a Comment