Sunday, January 9, 2011

cinta pandang pertama


Engkaulah satu- satunya buah  hatiku. Sekarang ni entri pasal cinta pulak. Sebenarnya aku sekarang bukan dalam keadaan angan dan sedar. Tapi hakikinya, percintaan merupakan satu perasaan yang tak bisa dipendam. Masyaallah pedih dan sedihnya mengenangkan masa2 lalu.
Hakikatnya, perkara dah berlalu harus diterima dengan hati terbuka tanda kasih sayang kita terhadapnya. Pemergiannya dalam kehidupan, bersama kekasih lain pula ketika ini merupakan tanda2 hitam yang masih terdapat cebisan2 cinta dalam kehidupan sehariannya. Masyaallah, sekali dah merasa nikmatnya cinta sejati, mesti kita setia dengannya selamanya. Persoalan kayu tiga dan tidak mempercayai antara satu sama lain bukannya faktor atas sebab tidak setia tetapi jodoh kita belum lagi diterimaNYA.
Berdoa, bersyukur dengan segala kenikmatan dan keberkatan mencurah-curah sekarang pun alhamdulillah. MasyaAllah, ketika pertama kali bertemunya perasan berbaur rasa cinta mula timbul. Perasaan gugup, hati berdegup kencang kita ini tiada siapa yang tahu. Perasaan cinta pandang pertama banyak mengubah kita jauh berfikiran kehadapan tatkala hati ini menjadi sayu sekarang. Bukan ditinggalkan tetapi jodoh masih belum datang. Sebelum berkenalan dengan lebih rapat, mesej dan panggilan sayang peneman setia dia sepanjang waktu. Satu kepastian bila orang dilamun angan dan sedar.
Sedar tak sedar angkara pemainan mesej dan panggilan tersebut dibau oleh rakan karib. Dari rakan la diorang disatukan untuk bersama. MasyaAllah, betapa pentingnya ada sahabat yang begitu baik sekali dalam mengutuhkan ikatan percintaan si rakannya dengan buah hatinya. Setahun dah berlalu, semuanya berjalan lancar dan dalam keadaan baik saja. Tetapi ada suatu ketika itu, perkara yang tak dapat dielak iaitu faktor melanjutkan pelajaran ke luar negeri membuatkan kedua2 mereka berasa pilu dan berat hati nak meninggalkan antara satu sama lain. Tak dapat menerima keadaan sedemikian, MasyaAllah, inikah yang dinamakan suratan takdir tatkala si gadis itu sekarang bersama si kumbang lain sedangkan si lelaki ini pula berharap dapat berjumpa dan disatukan semula ikatan kasih sayang yang terjalin dahulu, bermula semula.
MasyaAllah, betapanya hati si lelaki ini berasakan sedih sedangkan perasaan tersebut terus dipendam. Tatkala ada gadis lain yang sudi menjadi pengganti dengan si lelaki ini, hanya tinggal surat tanpa dibalas. Lelaki ini tak dapat menerima cinta lain disebabkan perasaan kasih sayangnya yang kuat membuatkan dia terus cekal dan tabah menghadapi semuanya. Hanya satu, iaitu cinta yang mekar datangnya dari kesetiaan kedua-dua belah pihak


   

No comments:

Post a Comment